(E-learning) Kelas “Hour of Code” Pelajar SK Semop Secara Online & KDB

26 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran pelajar daripada SK Semop untuk mempelajari “E-Learning activity untuk Hour of Code” secara atas talian di Pusat Internet Semop. Kelas ini disertai oleh 16 orang pelajar yang berumur 9 hingga 12 tahun yang di pimpin oleh Cikgu Hairul daripada SK Semop. Kelas bermula dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Hour of Code merupakan kempen kesedaran yang bertujuan memberikan pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap Coding, pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan di sekolah yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains.
Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker. Hour of Code juga merupakan inisiatif 1 jam, yang telah dijayakan oleh lebih daripada 461 juta murid di seluruh dunia.

Tahniah kepada semua pelajar kerana dapat menggunakan plotform sedia ada dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Cikgu Hairul kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai lokasi pilihan. Tahniah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali